.:Pengikut:.

Novel - Ops! Pintu Hatiku

Assalammualaikum & peace !!!

Tadi petang baru sahaja habis satu novel yang aku telah bacanya. Novel ini bertajuk Ops! Pintu Hatiku.


Sinopsis: Eika dan Hakimi merupakan rakan sekelas yang pantang berjumpa. Jika bersua, mereka pasti akan bertekak kerana berpunca daripada kisah silam Hakimi yang tidak disenangi oleh Eika. Timbul keinginan di hati Hakimi untuk memancing hati Eika kerana Hakimi tertarik dengan sikap dan layanan Eika terhadapnya yang tidak seperti rakan-rakan yang lain. Juga kerana rasa tercabar kerana tidak dipedulikan oleh Eika.

Dalam masa yang sama, Eika sering menerima surat misteri daripada PSH yang mengaku menyintai dirinya. Walhal Eika langsung tidak mengenali siapakan PSH itu.

Kewujudan Shahirul Hazami sebagai pasangan kembar Hakimi mengundang salah faham di antara Eika dan Sheila berikutan persamaan pada wajah kedua-dua kembar tersebut. Namun pasangan kembar tersebut masih merahsiakan identiti sebenar. Hakimi hanya memperkenalkan Shahirul Hazami sebagai abangnya sahaja dan bukan sebagai kembarnya. Buat pertama kalinya Eika menerima Hakimi sebagai sahabat.

Selepas lima tahun mereka dipertemukan kembali. Pertemuan ini menyemarakkan lagi perasaan masing-masing sehingga akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, kehadiran Tengku Anis akhirnya berjaya merobohkan benteng kepercayaan Eika terhadap Hakimi. Dengan bantuan seseorang, Tengku Anis merancang untuk menghapuskan Eika agar Eika tidak lagi menjadi penghalang kepada cintanya terhadap Hakimi. Malangnya, rancangan yang diatur oleh Tengku Anis tidak berjalan dengan lancar kerana rancangannya untuk menghapuskan Eika telah membuatkan Hakimi hilang ingatan. Perasaan dendam Tengku Anis bertambah kuat apabila cinta Hakimi kepada Eika terus wujud meskipun telah kehilangan ingatan.

Cinta Eika dan Hakimi bertambah mekar. Namun keintiman tersebut membawa keresahan kepada keluarga Eika. Kemunculan Dato’ Zaiful Anuar dan Datin Alleeya memaksa mereka untuk membongkar rahsia identiti Eika yang telah tersimpan sekian lama.
Dapatkah Eika menerima identiti sebenarnya? Bagaimana pula dengan Tengku Anis? Dapatkah dia memiliki hati Hakimi? Siapa sebenarnya PSH itu?


aKomen aku tentang novel ini. Jalan ceritanya bagus tapi kurang impak disetiap perkara yang berlaku dalam novel ini. Bahasa yang bagus mudah faham. Lepas itu. jalan cerita yang terlalu singkat dan kurang adegan suspen. Adegan suspennya kurang impak buat aku.

Okay itu sahaja komen aku tentang novel yang telah aku baca ini. Harap maaf buat pembaca yang tidak bisa menerima komen aku. Komen aku beri ini adalah bagi aku sahaja. Setiap orang lain rasanya tetapi novel ini ringan dan sesuai baca buat yang muda seperti aku. Okay..bubye..assalammualaikum..:D


Terima kasih membaca entry saya dan click Like button.

3 comments:

N A T A S Y A ツ said...

dah bace ?
syok nye :DD

mcm mne cite die lepas tu ?

cube cite kalau tak keberatan la.

rase nye saya tak dapat la nak bace novel tu :(

Taherah Ghazali said...

klau nak cerita dekat sini memang susah lah...tapi kalau tasya nak tahu Hakimi itu bersama dengan Eika..

Anonymous said...

pika ade gak novel ni.. tp sammai skng x bce2 ag,.. hehehe