Assalammualaikum..
Hye SkyBlog!!!
Apa khabar semuanya? Sihat? Semoga dalam sihat wal afiat. Disini aku nak kongsi cerita tentang minggu lepas punya aktiviti apa yang aku lakukannya. Minggu lepas adalah minggu yang paling memenatkan. Hari Sabtu pagi aku pergi cycling bersama-sama abah dan adik aku. Aku cycling dekat Putrajaya dan pada hari itu juga ada 3rd International Hot Air Balloon Fiesta 2011 yang berlangsung selama empat hari pada 17-20 Mac. First time aku teng
ok hot balloon selalunya tengok dalam t.v dengan surat kh
abar. Pada hari itu dapat aku tengok depan-depan mata aku sendiri. Besar balloon itu.
1. lawa tak?2. itu gambar dengan belon yang besar.
Itu sedikit gambar untuk lihatnya. Banyak lagi gambarnya, tapi aku ambik yang mana yang patut saja. Aku cycling lebih dari 20 kilometer pada hari itu. Memang tak penatlahkan hehehe. Tengah hari baru aku balik rumah. Balik rumah terus tidurlah hehe.
Petang pula aku pergi Mid Valley dengan family aku. Pergi sana mestilah shoppingkan tapi aku tak shopping pun yang shoppingnya the boys hehe. Aku hanya melihat saja. Aku ini nafsu shopping kuranglah hehe. Sebelum mulanya shopping aku pergi makan dekat Spice Of India dekat The Gardens sebelah Mid Valley.
1. Nasi biriani ayam2. Jus guava3. Tak tahu namanya apa hehe.4. Pepadom
Selepas sudah kenyang makan dekat situ, aku teruskanlah menemani the boys shopping. Walaupun bukan kita yang shoppingnya, kita juga rasa penatnya tau. Tiada benda yang tak penat kecuali tidur hehe. Itu semua pada hari Sabtu.
Pada hari Ahad juga memenatkan, pagi-pagi abah aku kejut kata nak ikut pergi main bowling dengan swimming dekat kelab Bukit Jalil. Aku pun setuju nak ikut. So, siap-siaplah untuk perginya. Sudahlah lama tak main bowling tapi nasib baik tak teruk sangat markahnya. Sedang-sedang saja. Sudah penat-penat main bowling lepas itu terus terjun kolamlah. Tak ada maknanya terus terjun saja, kena tukar baju dulu hehe. Lepas sudah penat mandi kolam, perut pun sudah berbunyi jadi maknanya perlu dimakanlah. Kitaorang makan dekat restoran dekat kelab itu juga.
Lepas perut sudah diisni, kita orang baliklah untuk rehatkan badan yang sudah lenguh-lenguhnya. Balik-balik saja terus saja tidur. Aku ini asyik tidur sajakan, itulah sebenarnya aku. Pantang jumpa bantal heheh. Petang pula abang Fatah dengan kak Nadia datang rumah bawa sate untuk ibu yang kelaparan hehe.
Sedap-sedap tengah makan tiba-tiba, ibu cakap nak pergi Alamanda sebab bosan duduk rumah. So, abah aku pun kata okay jadi kita orang pergilah Alamanda. Abang Fatah dengan Kak Nadia pun ikut juga. Aku suka sangat pergi Alamanda hehe. Biasalah pantang dapat pergi jalan semuanya suka hehhe.
Sampai saja Alamanda terus pergi Pakson untuk cari baju adikku. Punyalah lawak adik aku ini, Baju kanak-kanak tak muat, pergi ke kawasan baju remaja pula baju kecil. Punyalah susah nak cari baju untuk adik aku ini. Baju budak-budak tak boleh, baju remaja pulak kecil. Semua dalam Pakson itu semua sudah cuba, berhelai-helaian dia cuba semuanya tak boleh akhirnya terus pergi bukti Nichi dekat luar Pakson. Dekat situ baru ada saiz. Oh yang mahal-mahal ada saiz, yang murah tak ada. Kurang asam punya adik aku ini.
Sudah adik aku beli dekat situ, so aku pun mestilah nak jugak. Aku belilah sehelain baju kemeja warna coklat. Lepas sudah beli baju terus pergi makan dekat Secret Recipe. Dalam pukul 10 malam macam itu, barulah balik dan sampai rumah terus siap baju untuk pergi sekolah untuk keesokannya.
Itu sajalah yang aku nak kongsikan cerita tentang dua hari yang memenatkan diriku. Penat-penat tapi seronok. Banyakkan aktiviti yang aku lakukan minggu lepas. Sentiasa tiada dekat rumah. Minggu ini pun aku tak ada dekat rumah juga. So, kalau korang nak tahu apa yang berlaku minggu ini. Tunggu aku update blog seterusnya okay. Bubye sayang..muahh...(Gedik)
Salam.
No comments:
Post a Comment