.:Pengikut:.

KDU, Shah Alam dan Kuala Selangor

Assalammualaikum

Hye SkyBlog!!!

Sudah lama aku tidak update blog kesayangan aku ini. Sorry okay buat SkyBlog. Aku sentiasa menyayangi mu. Muahh. Okaylah aku tak nak buang masa yang aku ada ini. Ingat tak aku ada bagi rahu nak cerita tentang minggu lepas apa yang aku buat. Tak ingat. Emmm..kalau tak ingat pergi >>SINI<<.
Sudah ingatkan, kalau tak ingat sudahlah.(majuk) Okay tak nak buang masa kita teruskan ceritanya. Pada satu hari, ada seorang puteri yang comel berlaka...eh eh eh asal tiba-tiba lain cerita ini. Owh patutlah ini cerite lain ini. Sorry silap story hehehe. Okay kita teruskan cerita sebenarnya okay.

SABTU

Hari Sabtu lepas aku dengan abah, ibu, dan adik aku yang comel itu..comel ke? hehhe. Kita orang pagi-pagi sudah keluar rumah untuk pergi ke Kolej Along aku dekat KDU Damansara. Dekat sana ada hari perjumpaan bersama parents and lecture dan ada hari terbuka kolej. Masuk-masuk saja kojel itu sudah jumpa muka macam korea handsome pulak itu. Heheh, gatalnya aku ini. Biarlah sekali dua kala nak mengatal hehehe. Berada dekat situ dalam sampai pukul 1 petang. Lamakan, yelah duduk borak-borak dengan lecture along itu sampai tak sedar sudah pukul 1 petang. Lepas Dari KDU terus pergi Shah Alam. Abah aku ada hal dekat UiTM Shah Alam, manakala sementara menunggu abah selesaikan hal dia, aku, ibu dengan mar pergi SACC Mall. Shopping time!!! Shopping tudung saja hehehe. Dalam pukul 4 petang macam itu barulah selesai urusan abahnya. Dari Shah Alam terus pergi Kuala Selangor sebab keesokannya ada jemputan kawin dekat situ so, abah book hotel dekat situ tidur semalam.

Semasa nak check-in dekat DePalma Hotel tiba-tiba ada masalah pulak, aku pun malaslah nak amik tahu tentang masalah itu. Yang aku tahu masalahnya tentang maklumat booking hotel tidak sampai ke pihak hotel itu. Macam itulah aku rasanya. Dari DePalma Hotel terus ke hotel Sun Inns dekat town Kuala Selangor. Rasanya cukup itu saja yang aku perlu cerita pada hari Sabtu. Kita terus pada hari Ahad.




AHAD

Pagi-pagi abah sudah kejut untuk pergi cycling dekat Kuala Selangor. Itulah hobi aku sekarang. Seronok cycling ini, dapat menikmati keindahan alam ini. Indahkan alam inikan. AKu cycling dekat old town Kuala Selangor, naik Bukit Melawati dan cyling dekat Taman Alam Kuala Selangor. Best gila kayuh dekat situ. Naik Bukit Melawati lagilah dasyat, semput dia buatnya tapi bila time amik gambar cover tengah semput itu hehe. Cycling dekat Taman Alam Kuala Selangor lagi best, angi bertiup sempoi bahasa, indahnya pagi-pagi bila berada dekat situ. Dalam pukul 9.30 pagi terus balik hotel untuk siap-siap nak pergi kenduri kahwin. Pukul 12 tengah hari check-out hotel dan singgah sekejap dekat gerai Cendul Ijok. Cendol dekat situ boleh tahanlah. Lepas singgah minum cendol terus pergi kenduri kahwin itu sampailah pukul 3 petang macam itu. Sebelum balik singgah rumah nenek dekat Petaling Jaya. Lepas pukul 8 terus balik rumah.


Okaylah cukup sampai sini sajalah aku ceritanya okay. Bubye

Salam sayang..:D



Terima kasih membaca entry saya dan click Like button.

No comments: